Tuesday, November 30, 2010

Apsal bank-bank Islam lagi mahal wey...???

Lagi mahal dari sape...??? Bank conventional..?? Sape cakap bank2 Islam lagi mahal dari bank2 conventional...???  Sape cakap kita kena bayor lagi mahal dari bank konvensional..?? Tajuk entry ni la soklan yang aku selalu dengor dari mulut "orang awam" (bukan pakar)...aku pun orang awam jugak...so aku x nak jawab dan x layak pun nak jawab...aku nak share apa yang orang berkelayakan jawab....

Sebelum tue, aku nak make clear dulu apa yang aku nak sampaikan nie...ada dua (2) point or soklan penting yang akan di jawab..first sekali "Betoi ke Perbankan Islam lagi mahal..?"..yang kedua "Jual dua kali ganda harga modal boleh ke...?"..so, untuk orang2 yang berpikiran terbuka dan bulih menerima fakta dan kenyataan, sila la baca....tapi kalo angpa nie jenih keras kepala, budget bagus, or ang je yg betoi orang lain salah, sila baca jugak...ada aku kesah..sebab at the end of the day, angpa yg tentukan idup angpa,bukan aku...

Kisah Bermula..................................

"Apsal kita kena bayor balik pinjaman kat bank Islam (Perbankan Islam yer, bukan Bank Islam Malaysia Berhad) lagi mahai dari bank konvensional..??" 

Tanya si Mamat ni dgn penuh bersemangat kat Ustad....so ustad tu pun tanya la balik kat Mamat tue, awatnya dia cakap lagu tue kan....mamat tu cakap...

"Mak saya cakap dia buat House Islamic financing lagi mahai dari conventional. Islamic Financing (IF) tu kenakan mak saya 7.60% bagi taun ke-3 sampai 30. Kalo guna conventional, baru 6.75%. IF kena bayor RM1,050 sebulan, kalo conventional RM850 je sebulan. Cam ne tu ustad?"

So, Ustad tu pun explain la kat Mamat tu cam ne cara pengiraan sebenornya..actually kadar yang pembiayaan IF (Islamic Financing) kasik bagi produk2  pembiayaan lebih kurang (setara) je mcm yang conventional kasik..Kadang2 lagik murah..Conventional dia guna BLR (Basic Lending Rate)...x de pun ceiling price i.e capping rate mcm IF....cuba bayangkan dalam tempoh tiga tahun tu tiba2 BLR naik sampai 12.30% macam yang jadik pada taun 1998...tak ke terduduk kita nak bayornya...Kita kena ingat yang BLR naik beberapa kali sepanjang taun lepas..yang IF tu tadi kasik 6.75% setahun...so x bergerak la sampai 30 tahun....

"Apsal nak kena sama (setara) je ngan conventional..?? Sepatutnya kasik lagi murah la..bukan ke maqasid (objektif Syaria'h) IF ni nak tolong org Islam..so apasal mahal..?"

Masa tu, Ustad ni ngah kasik ceramah khas pasai produk perbankan Islam kat sebuah IPTA..time tue semua ketua jabatan fakulti syariah pelajar tu pun ada jugak...so, Ustad tu tanya la kat professor situ...

"Professor, bape yuran nak kena bayo kalo nak amek PhD dalam bidang Fiqah Islam dan Perbankan Islam..?"

"Lebih kurang RM13,000" katanya

"Awat tinggi sangat professor..nape tak kasik RM2,000 je" tanya Ustad tu menguji...

"Mana bulih Ustad..mcm mana nak bayo gaji lecturer kalo cam tu.." balasnya...

Kesimpulannya senang je kata Ustad tue..kita amek contoh pendidikan...berapa yuran nak kena bayo kalo nak amek PhD dalam bidang Fiqah Islam dan perbankan Islam...let say around RM13,000...so, kenapa kita tak letak yuran dalam around RM2,000 je...? kompom la tak bulih..sebabnya macam mana nak bayo gaji lecturer cam tue..sama la dalam Islamic Banking gak..cam mana nak bayo gaji staff etc..kita kena paham yang Islam nie dia jaga hak penjual dan jugak pembeli..bukan hak pembeli je nak kena jaga..

Adalah dikira zalim kalo kita dok kutuk kedai nasi lemak org Islam yang juai nasi lemak dia dgn reg RM2.00 sedangkan ada kedai nasi lemak bukan orang Islam yg juai dgn rege yg sama ataupun lagi murah..padahal, si Muslim tu juai nasi lemak dia dgn kadar yang dia mampu tawarkan dan yg penting halal..

Jual dua kali ganda harga modal zalim ke....???

Ramai yang dok merungut dgn mengatakan yg bank2 Islam nie zalim sebab rege aset yang dia juai kat customer tu di juai dgn 100% keuntungan atau lebih...Ustad tu cakap, tidak zalim sama sekali, selagi mana ia bulih diterima oleh harga pasaran..buktinya dari hadis Nabi s.a.w.

"Sesungguhnya Nabi s.a.w. memberi 'Urwah satu dinar utk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaanya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung." (Riwayat al-Bukhari no. 364)

Hadis menunjukkan macam mana sahabat membeli dua ekor kambing dgn rege satu dinar...maknanya sekor 1/2 dinar le..pas tu dia jual dengan rege 100% keuntungan iaitu satu dinar sekor..transaksi nie diiktiraf Nabi malah di puji dan di doakannya..so, tindakan bank2 Islam yang dok jual rumah, kereta etc yang kita dok beli tu dgn harga 100% lebih daripda rege asal adalah halal selagi pasaran dapat menerimanya...

"Tapi yang tu 100% je..bukan lebih..!!!"

Nabi tak benarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa tak terdesak..Nabi jugak menolak permintaan sahabat Baginda untuk melakukan 'ceiling' harga ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga. Cuba tengok respon dan jawapan Nabi s.a.w. pada sahabat yang bermaksud:

"Bahkan Allah s.w.t. yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dalam kalangan kamu menuntut daripadaku akibat sebarang kezaliman (yanng aku lakukan) sama ada berkaitan dengan darah atau harta." (Riwayat Abu Daud, hlm. 385, al-Baihaqi, jil. 6, hlm. 29; sahih menurut al'Albani)

Hal ini demikian kerana Nabi tak mahu menghadkan hak peniaga bagi mendapat keuntungan. Maka selagi mana kadar keuntungan masih berada di paras pasaran adalah dibenarkan.

Ok....da abeh da citer...Ustad di atas adalah Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman.....maybe ada yang stil was-was or tak yakin sebab maybe angpa penah dengor ceramah dari mana2...or maybe jugak angpa penah di ajor masa kat universiti dulu or kat you tube pun ada yang mengatakan sebaliknya...x bulih dua kali ganda la , back door riba la, etc...macam entri aku sebelum ni, kita ni 'orang awam' (yang kurang ilmu pengetahuan dalam banyak bidang)...so apa yang kita bulih buat adalah mencari info dan fakta yang betoi...

Dan kalo kita x yakin plak dgn sesuatu fakta tu dengan betoi, kita cari lagi dari tempat lain dan dari orang yang betoi2 pakar dalam bidang tersebut...contohnya kita x bulih nak bertanya pada Pakar Engineering berkenaan kepakaran dalam bidang perubatan..x ke keje gila namanya tue...sama la mcm ilmu perbankan Islam....banyak disiplin2 ilmu yang diperlukan..ada yang pakar ilmu Fiqah dan ada yang pakar ilmu Tauhid etc...

So, kita sebagai 'orang awam' yang tahu tahap 'awamnya' kita nie, kita kena la bertaklid kepada pandangan majoriti ulama Fiqh kontemporari dan menghormati disiplin ilmu yang depa ada...tak salah kita sebagai 'orang awam' nak bertanya..tapi kena la denngan pikiran yg terbuka..bukan dengan mendabik dada merasa diri dan pandangannya di puncak kebenaran (quote from previous entry)...

Ok eberibodi....lain kali tanya dulu sebelum menjerit...takut jeritan tu jadi kokokan yang tak berbalas.....

Huh..!!!

1 comment:

  1. Persoalan ini bukan boleh taklid sahaja.
    Allah menyuruh manusia berfikir. Banyak ayat Quran menyatakan demikian. Allah suruh fikir banyak perkara seperti tentang masa, pokok, binatang, laut, awan, kejadian manusia, lebah, siang dan malam, dan lain lain. Bahkan Allah suruh kita fikir pasal kewujudan Allah.
    Inikan pula bab perbankan Islam yang di Malaysia baru saja diwujudkan pada tahun 1983. Sebelum 1983 tak ada perbankan Islam di Malaysia. Jadi lebih baik berfikir tentang halal haramnya.
    Panduannya ada iaitu Quran dan hadis. Quran bukan untuk ustaz saja. Quran untuk semua.

    ReplyDelete