Tuesday, July 13, 2010

Piala Sumbangsih..

Man U fan: "Oit Dil..Chelsea lawan MU kan Charity Shield nnt?"

Aku: "Ye ke?"

MU fan: "Ye la..lagi bape minggu je nak start"

Aku: "Eh..ye ke..aku x tau pun da nak start season baru"

MU fan: "Betoi la..bln 8 ni start la"

Aku: "Oooo..bkn apa..sbb aku rasa mcm baru je lagi Chelsea mng title..x kan da nak start kot..haha"

MU fan: *#@$

Huh..!!

Friday, July 9, 2010

Sekadar Renungan

Salam..sejak dua menjak nie aku selalu sgt post status pasal anak2 derhaka kat FB aku..ramai plak kawan2 aku yg dok tanya..."Apa hal lu mamat..??" Actually x de apa pun..x dak sangkut paut ngan sesapa yg idup ataupun yg da mati..anyway, untuk meneruskan kesinambungan citer pasal anak2 derhaka nie, aku nak post sikit la pasal "Dasyatnya Doa Seorang Ibu"....

Ari tue ada la kawan aku punya kawan punya kawan g dengor ceramah kat masjid..Penceramahnya Ustaz Abdullah Mahmud..Tajuk ceramahnya mmg aku suka sgt la...

""Dasyatnya Doa Seorang Ibu"

So kat sini aku nak share la apa yg ilmu kawan2 aku punya kawan tue dapat..Ustaz Mahmud nie dulu mengajar agama untuk angkatan tentera Malaysia..Dlm ceramah tue Ustaz Mahmud cakap kalo...

"Setitik airmata Ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang"

So, buat ibu2 di luar sana, kalo bulih jgn la jatuhkan air mata anda ye..dan buat anak2 pulak, jgn la kasik ayor mata mak angpa jatuh...kalo nak kasik jatuh pun bior la sebab gembira...yg tu x pe...pas tue, Ustaz Mahmud cakap, kalo nak tau ibu kita tue tenang ke, marah ke, kecewa ke, sedih ke senang je..Time ibu kita tido, pergi la tengok muka dia...tatap wajah dia...sebab muka org yg tengah tido nie akan menampakkan segalanya..

"Ada 3 mata yg x dijilat api neraka..1) Mata yg melihat Kaabah sehingga menitis air mata 2) Mata yang membaca quran sampai menitis air mata dan 3) mata yg memandang wajah ibu tengah tidor ataupun sedar sampai berlinang air mata"

Time ceramah tu, Ustaz Mahmud cakap, orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa, bukannya x menangis langsung..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu...Lagi satu, aku rasa kalo kita selalu berbakti dan sentiasa taat pada mak bapak kita, kita x kan rasa sedih sgt saat mak bapak kita pergi nanti...
 
"Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu"
 
 
"Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik"

Kata Ustaz Mahmud, barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.  Jadi doakan ibu kita telah tiada!
 
Lagi satu, aku baru tau yg Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidupMasa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa..bila kita g ziarah pusara mak kita, kita cakap..“Mak, esok anak saya yakni cucu mak nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”  atau “Abah, saya nak kawin esok, kalau abah ada, mesti abah gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan lah kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
 
Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.  Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

Kalo kita pikir2kan balik, Allah panjangkan usia ibu dan bapa kita dan jikalau mereka sakit dan nyanyuk, itu adalah jalan untuk beri syurga pada anak anaknya.  So, jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

Buat ibu2 di luar sana, bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK. Yang ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je, lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Angpa cuba try mintak apa2 pun. Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So, mcm tue la ceramah dari Ustaz Mahmud..harap2 dapat la kita jadik anak yg taat pada ibu dan bapa kita.....

p/s: Along aku cakap aku kuli peberet abah....hahaha...

Huh....!!