Friday, November 26, 2010

Sekadar berkongsi.....

Dalam proses aku nak beli umah nie macam2 benda aku belajor..bukan setakat procedure nak beli umah je yg aku belajo...pasal benda2 sampingan pun aku dapat belajor..contohnya, macam mana rupa sebenor treatment pembiayaan oleh Islamic Banking...anyway, aku bukan nak cerita pasai benda tue...sebab aku sendiri pun x a'rif pasal benda tue...so, kat sini aku nak share satu artikel dari Ustaz Zaharuddin..tajuk artikel dia tu "Fenomena Kurang Sihat Hari Ini"...

Aku nak wat disclaimer awai2 nie....semua yg kat bawah ni aku just copy paste je adri Ustaz Zaharuddin...so bukan ayat aku ok...bukan apa..kita nie manusia biasa..selalunya bila kita selaku orang awam (yg kurang ilmu pengetahuan tentang sesuatu subject) bercakap, orang awam yg lain macam x caya apa yg kita cakap..dalam ati mesti cakap "mamat ni mcm bagus je" or "macam la pandai sangat" or "Sape mamat nie yang pandei2 kuorkan statement cam nie"....cam tu la lebih kurang..tapi kalo benda tu keluor dari mulut pakar itu sendiri, people might listen to it..panjang sikit artikel nie, tapi da tanggungjawab kita tuk cari ilmu kan...??

FENOMENA KURANG SIHAT HARI INI
Fenomena yang berlaku hari ini, kelihatan ramai orang cuba mengkritik dan menjelas sesuatu bidang yang bukan bidangnya kajiannya. Jika dikaji sekalipun, kajian tersebut adalah longgar disebabkan ia tidak disandarkan kepada ‘foundation' yang kukuh.
Kesan sebenarnya adalah amat buruk dan akan terus menerus mengeliru dan menyesatkan. Justeru Islam melarang berkata tanpa ilmu mencukupi atau dia akan sesat, menyesatkan dan memudaratkan.
"Ustaz, hari ini perbankan Islam guna duit fiat (kertas) yang riba, haram 100 % untuk guna, jadinya saya berpegang bahawa semua perbankan Islam hari ini adalah tipu, ‘back door riba' bila buat produk, harga mahal, zalim, malah lebih zalim dari bank konvensional. Apa komen ustaz?" Tegas seorang ‘orang awam'
" Jadinya saudara ingin kata bahawa semua bank islam yang wujud di seluruh dunia hari ini adalah haram dan riba kerana menggunakan wang kertas?" Tanya saya ingin konfirmasi.
" ya begitulah ustaz, dan ustaz pun sama terlibat" sambil menjawab itulah sebiji peluru ditembak kepada saya dengan penuh emosi.
" jadinya saudara dengan penuh sedar mengaku di hadapn Allah bahawa saudara sedang terlibat dengan riba setiap hari?" balas saya
" apa pula kaitannya dengan saya?, saya duk cerita pasal bank Islam"
" Boleh saya tahu, dalam wallet saudara ada duit emas dan perak ? dan saudara beli baju yang saudara pakai ni atau dijahit sendiri ? kerana kalau  ia dibeli, saudara pakai duit emaskah?" Duga saya, manalah tahu jika sahabat ini benar-benar wali Allah yang dipenuhi karamah dan luar biasa.
" Mana ada duit emas, duit RM la, baju beli kat JUSCO"
" tadi saudara yakin dan tegas kata duit kertas itu Riba dan haram seratus peratus, jadi sekarang saudara sendiri guna duit kertas . Tidakkah sedar bahawa setiap hari saudara terlibat dengan urusanniaga riba ?
" habis tu , dah tak de duit emas , nak buat macama mana?"
"Tahu pula tidak ada duit emas di pasaran gunaan harian. Habis itu bagaimana Bank Islam ingin guna wang emas jika tiada di pasaran?. Saya nak tanya, saudara pernahkah belajar apa itu Hiyāl Syarʿiyyah, Makhraj syarʿie, Al-Hājah Tunazzal manzilah Al-arūrah, al-Tadarruj, ʿUmūm al-Balwa, Rukhoh, Mā ʾUbīhu Li al-arūrah yuqaddaru bi qadariha, Fiqh al-Waqiʿ, ʿillah al-thamāniyah dalam matawang, perbincangan Majmaʿ Fiqh Islami berkenaan hukum matawang kertas?" Tanya saya untuk mulakan perbincangan.
"arurat tu saya tahu, yang lain tu tak berapa pasti pulak, tetapi saya tahu ustaz nak bermadah helah kononnya darurat, ala.. asyik itu aja pointnya" katanya sambil mencebik bibir.
"Saya tak kata arurat, saya hanya tanya konsep-konsep tu pernah didalami atau tidak, dan faham atau tidak kaitannya dengan wang fiat? Para ulama fiqh yang buat keputusan itu telah amat memahami fungsi dan cara cipta matawang kertas hari ini, cuma saya nak pastikan saudara sendiri pula faham tak konsep-konsep fiqh tadi, kerana ia ada kaitan dengan perbincangan fiat money. Kalau saudara tidak mahiri kesemuanya, sukar untuk kita berbincang dengan berkesan, saya susah untuk menerang, saudara juga susah untuk memahami asas-asas dan hujjah ulama fiqh tersebut." Jawab saya.
"Tak pelah ustaz, lain kali, tapi pendirian saya jelas semua bank Islam tu bohong sahaja."
"Terpulang, cuma jangan dilupa satu kesimpulan lagi, dari sudut hukum Fiqh Islam, saudara HARAM menggunakan fiat money dalam urusan seharian kerana saudara sendiri telah yakin dan tidak merasakan wujud apa-apa excuse yang boleh digunakan untuk menggunapakai wang tersebut. Maka oleh itu setiap hari saudara dalam dosa-dosa besar" saya cuba menerangkan sedikit impak terhadap pendiriannya tadi.
"Satu lagi nak bertanya saudara, kalau semua bank Islam tu bohong dan haram, so pada pandangan saudara berbillion umat Islam di seluruh dnunia hari ini, haram sama sekali untuk menggunakan bank islam  jika demikian bolehkah mereka menggunakan bank konvensional?"
" Ya boleh, sebab kedua-duanya sama sahaja, malah bank konvensional lagi kurang beban" katanya mudah.
Inilah jenis biasa orang awam yang berlagak lebih mahir dari ulama fiqh terpakar di seluruh dunia yang telah mengeluarkan resolusi lengkap dan pendirian berkenaan bank-bank islam. Akhirnya, keutamaan tertumpu kepada harga, harga dan harga. Padahal dalam Islam, harga bukan penentu halal haram sesebuah transaksi. Kontrak adalah penentunya, kontrak datang dengan syarat dan rukun, bukan hanya nama semata.
Itulah fenomena yang berlaku hari ini, pendirian dibuat tanpa ilmu yang mencukupi, ilmu yang tidak ‘up to date' memang membahayakan dan akhirnya menjerat diri sendiri. Pendirian ‘jahil' sebegitu akhirnya juga menutup peluang umat Islam untuk bermuʿāmalāt secara halal bersandarkan ijtihad ulama berkelayakan.
YAKIN DAN TIDAK YAKIN
Satu contoh kesan ilmu yang dipegang terhadap sesuatu ibadah, adalah jika kita solat menghadap satu arah yang seorang itu sendiri tidak yakin itu adalah arah kiblah yang betul, solat kita akan menjadi TIDAK SAH. Namun, apabila kita menghadap kiblah setelah disarankan oleh seseorang yang boleh diyakini keilmuannya, solat kita adalah sah.
Justeru, sebuah keyakinan yang disimpul dari proses ilmu itu penting untuk menentukan hukum yang khusus ke atas ʿibadah dan muʿamalāt seseorang. Jika seseorang yakin (walaupun dalam kejahilan) bahawa fiat money itu adalah riba dan tidak ada sebarang konsep dalam fiqh yang membenarkannya, tatkala itu hukum ke atas dirinya adalah HARAM.
Bagi seseorang awam yang memhami tahap ‘awamnya' lalu bertaklid kepada pandangan majoriti ulama Fiqh kontemporari yang mengharuskan penggunaan matawang kertas sedia ada, malah diwajibkan zakat atas wang kertas yang dimiliki setelah cukup hawl dan nisabnya. Maka mereka terselamat dari melakukan dosa setiap hari, kerana mereka berpegang kepada fatwa (ijtihad) ulama yang berkelayakan.
Manakala, bagi mereka yang ingin bertaklid atau kononnya ‘analisa' lalu cenderung kepada ulama yang mengharamkan, terpulang kepada mereka, tetapi syaratnya adalah mereka wajib TIDAK MENGGUNAKAN WANG KERTAS, kerana itu bertentangan dengan keyakinannya (yang haram tanpa excuse dan ‘madah berhelah') dan jika dia terlibat juga, bermakna dia SEDANG bergelumang dalam DOSA besar setiap hari.
Itu hanya satu contoh, bagaimana keyakinan seseorang dan hukum dipegang punyai kesan, implikasi dan tanggungjawab ke atas dirinya.
Artikel saya ini tidak berhasrat menjawab contoh kes dan soalan di atas secara terperinci, kerana sebahagiannya telah dijawab manakala sebahagian yang lain memerlukan proses pengajian yang teknikal dan proper untuk pembaca memahaminya. Sama seperti orang awam dalam bidang perubatan, yang ingin memahami fungsi jantung, prosesnya, dan jenis ubatannya, side effect setiap ubat yang diambil, bacaan graph ECG jantung, kaitannya dengan strok dan banyak lagi.
POINT SAYA ADALAH..
Apa yang ingin saya kongsikan adalah, isu berkenaan perbankan dan kewangan Islam dalam rangka kewangan konvensional TIDAK DAN BUKAN satu isu yang boleh dibincang oleh semua. Ramai yang cuba berbincang berdasarkan sedikit pengalaman peribadi ketika membeli kereta, rumah, kad kredit dan sebagainya. Namun pengalaman sedemikian amat tidak mencukupi untuk melihat big picture and whole story di sebalik fatwa majlis Fiqh.  Ia berbeza dengan ilmu tidak bersifat teknikal yang saya sebelum ini. Ilmu berkenaan hal ini adalah bersifat teknikal.
Ia disebabkan kefahaman berkenaannya memerlukan kefahaman beberapa displin ilmu teknikal seperti
·         Fiqh Muʿamalāt, seluruh bab dalam topik muʿamalāt māliah.
·         Usūl Fiqh, khususnya perbincangan berkenaan dalālah, cara istinbad dan taʿarudh wa tarjih.
·         Maqāid Al-Sharīʿah, khususnya pertimbangan masalahat dan mudarat dan kaedah penentuannya.
·         Fungsi bank sebagai intermediary and kebolehlaksanaan fungsi sebagai trader,
·         Aplikasi sebenar produk perbankan Islam, aliran kontrak dan sebagainya.
·         Asset and liabilities di bank
·         Displin penentuan harga aset dalam Islam, apa yang dibenar dan yang tidak dibenar serta hujjah,
·         Qabah Hukmi dan bentuk di zaman moden serta aplikasinya
·         Uundang-undang berkaitan (seperti akta bank Islam dan Takaful),
·         Shariah governance framework,
·         Konsep-konsep dan pelaksanaan ibraʾ, Wakalah, Muqassah, Tafāhum Jānibi, Muwāaʾah, ʿUqud murakkabah, Wa'ad, ʾUjr, Qardh, konsep haʿ wa taʿajjal, hiyal yang diizinkan, makhraj syarʿi dan Al-Ghunmu Bi Al-Ghurmi pelbagai lagi.
·         Konsep beneficial ownership di dalamFiqh Islam.
Cuba saya tanya kepada pembaca sekalian, adakah saudara dan saudari telah ‘masak' dan faham item yang tersenarai di atas. ?
Jika belum, nyatalah orang tersebut adalah ‘orang awam' dalam hal dan isu kewangan dan perbankan Islam. Ikhlas saya nyatakan, mereka yang kabur berkenaan hal di atas belum punyai kelayakan untuk mengkritik secara terbuka seolah punyai kelayakan. Untuk menyampuk perbincangan sang pakar, kita terlebih dahulu mesti menyediakan tapak asas yang kukuh agar bahasa yang sama peringkat boleh digunakan.
Jika tidak, individu tersebut hanya akan membuka pekung di mindanya sahaja. Itulah sifat kebanyakannya, menyebabkan tiada pakar yang ingin menyahut ‘kokokannya' kerana dirasakan, kurang priotity melayan orang yang tidak dapat memahami laras bahasa ilmu yang sama. Kerana hingga ke akhir, dia tetap tidak akan dapat memahami.
Kalau ilmu tidak penting dalam hal ini, Allah tidak akan mengingatkan kita :
قلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
Ertinya : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"" Sesungguhnya orang yang beraqallah yang dapat menerima pelajaran" ( Az-Zumar : 9)
‘Orang awam' sudah tentu boleh bertanya dan menyuarakan kekeliruan, tetapi jangan sewenangnya mendabik dada merasa diri dan pandangannya di puncak kebenaran.
Demi Allah, saya tidak mengutarakan istilah-istilah di atas kerana ingin menggerunkan dan mengelirukan pembaca dengan istilah-istilah yang bertujuan melemahkan hujjah sesiapa atau menjatuhkan sesiapa.
Saya hanya ingin kita hormati displin ilmu dan pemiliknya. Itulah proses basic yang saya sendiri perlu lalui dan telah dilalui juga oleh semua ulama fiqh dan perbankan Islam di seluruh dunia. Hanya dengan gabungan kefahaman itu, kita akan sedar mengapa perlu perbankan Islam dan dimana kekuatan dan kelemahannya. Jika ada mengapa kelemahan, mengapa ia berlaku dan adakah ia boleh diubah dengan mudah dan apakah kesannya terhadap hukum, orang ramai dan sebagainya.

Ok.....so, keputusan di tangan anda.....aku malas nak ulas apa2 dah....Thank you to Ustaz Zaharuddin sebab selalu kongsi benda2 yg kita patut tahu...tapi selalu kita x nak amek tahu atau buat2 x tahu...

Huh...!!!!

No comments:

Post a Comment