Tuesday, November 30, 2010

Apsal bank-bank Islam lagi mahal wey...???

Lagi mahal dari sape...??? Bank conventional..?? Sape cakap bank2 Islam lagi mahal dari bank2 conventional...???  Sape cakap kita kena bayor lagi mahal dari bank konvensional..?? Tajuk entry ni la soklan yang aku selalu dengor dari mulut "orang awam" (bukan pakar)...aku pun orang awam jugak...so aku x nak jawab dan x layak pun nak jawab...aku nak share apa yang orang berkelayakan jawab....

Sebelum tue, aku nak make clear dulu apa yang aku nak sampaikan nie...ada dua (2) point or soklan penting yang akan di jawab..first sekali "Betoi ke Perbankan Islam lagi mahal..?"..yang kedua "Jual dua kali ganda harga modal boleh ke...?"..so, untuk orang2 yang berpikiran terbuka dan bulih menerima fakta dan kenyataan, sila la baca....tapi kalo angpa nie jenih keras kepala, budget bagus, or ang je yg betoi orang lain salah, sila baca jugak...ada aku kesah..sebab at the end of the day, angpa yg tentukan idup angpa,bukan aku...

Kisah Bermula..................................

"Apsal kita kena bayor balik pinjaman kat bank Islam (Perbankan Islam yer, bukan Bank Islam Malaysia Berhad) lagi mahai dari bank konvensional..??" 

Tanya si Mamat ni dgn penuh bersemangat kat Ustad....so ustad tu pun tanya la balik kat Mamat tue, awatnya dia cakap lagu tue kan....mamat tu cakap...

"Mak saya cakap dia buat House Islamic financing lagi mahai dari conventional. Islamic Financing (IF) tu kenakan mak saya 7.60% bagi taun ke-3 sampai 30. Kalo guna conventional, baru 6.75%. IF kena bayor RM1,050 sebulan, kalo conventional RM850 je sebulan. Cam ne tu ustad?"

So, Ustad tu pun explain la kat Mamat tu cam ne cara pengiraan sebenornya..actually kadar yang pembiayaan IF (Islamic Financing) kasik bagi produk2  pembiayaan lebih kurang (setara) je mcm yang conventional kasik..Kadang2 lagik murah..Conventional dia guna BLR (Basic Lending Rate)...x de pun ceiling price i.e capping rate mcm IF....cuba bayangkan dalam tempoh tiga tahun tu tiba2 BLR naik sampai 12.30% macam yang jadik pada taun 1998...tak ke terduduk kita nak bayornya...Kita kena ingat yang BLR naik beberapa kali sepanjang taun lepas..yang IF tu tadi kasik 6.75% setahun...so x bergerak la sampai 30 tahun....

"Apsal nak kena sama (setara) je ngan conventional..?? Sepatutnya kasik lagi murah la..bukan ke maqasid (objektif Syaria'h) IF ni nak tolong org Islam..so apasal mahal..?"

Masa tu, Ustad ni ngah kasik ceramah khas pasai produk perbankan Islam kat sebuah IPTA..time tue semua ketua jabatan fakulti syariah pelajar tu pun ada jugak...so, Ustad tu tanya la kat professor situ...

"Professor, bape yuran nak kena bayo kalo nak amek PhD dalam bidang Fiqah Islam dan Perbankan Islam..?"

"Lebih kurang RM13,000" katanya

"Awat tinggi sangat professor..nape tak kasik RM2,000 je" tanya Ustad tu menguji...

"Mana bulih Ustad..mcm mana nak bayo gaji lecturer kalo cam tu.." balasnya...

Kesimpulannya senang je kata Ustad tue..kita amek contoh pendidikan...berapa yuran nak kena bayo kalo nak amek PhD dalam bidang Fiqah Islam dan perbankan Islam...let say around RM13,000...so, kenapa kita tak letak yuran dalam around RM2,000 je...? kompom la tak bulih..sebabnya macam mana nak bayo gaji lecturer cam tue..sama la dalam Islamic Banking gak..cam mana nak bayo gaji staff etc..kita kena paham yang Islam nie dia jaga hak penjual dan jugak pembeli..bukan hak pembeli je nak kena jaga..

Adalah dikira zalim kalo kita dok kutuk kedai nasi lemak org Islam yang juai nasi lemak dia dgn reg RM2.00 sedangkan ada kedai nasi lemak bukan orang Islam yg juai dgn rege yg sama ataupun lagi murah..padahal, si Muslim tu juai nasi lemak dia dgn kadar yang dia mampu tawarkan dan yg penting halal..

Jual dua kali ganda harga modal zalim ke....???

Ramai yang dok merungut dgn mengatakan yg bank2 Islam nie zalim sebab rege aset yang dia juai kat customer tu di juai dgn 100% keuntungan atau lebih...Ustad tu cakap, tidak zalim sama sekali, selagi mana ia bulih diterima oleh harga pasaran..buktinya dari hadis Nabi s.a.w.

"Sesungguhnya Nabi s.a.w. memberi 'Urwah satu dinar utk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaanya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung." (Riwayat al-Bukhari no. 364)

Hadis menunjukkan macam mana sahabat membeli dua ekor kambing dgn rege satu dinar...maknanya sekor 1/2 dinar le..pas tu dia jual dengan rege 100% keuntungan iaitu satu dinar sekor..transaksi nie diiktiraf Nabi malah di puji dan di doakannya..so, tindakan bank2 Islam yang dok jual rumah, kereta etc yang kita dok beli tu dgn harga 100% lebih daripda rege asal adalah halal selagi pasaran dapat menerimanya...

"Tapi yang tu 100% je..bukan lebih..!!!"

Nabi tak benarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa tak terdesak..Nabi jugak menolak permintaan sahabat Baginda untuk melakukan 'ceiling' harga ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga. Cuba tengok respon dan jawapan Nabi s.a.w. pada sahabat yang bermaksud:

"Bahkan Allah s.w.t. yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dalam kalangan kamu menuntut daripadaku akibat sebarang kezaliman (yanng aku lakukan) sama ada berkaitan dengan darah atau harta." (Riwayat Abu Daud, hlm. 385, al-Baihaqi, jil. 6, hlm. 29; sahih menurut al'Albani)

Hal ini demikian kerana Nabi tak mahu menghadkan hak peniaga bagi mendapat keuntungan. Maka selagi mana kadar keuntungan masih berada di paras pasaran adalah dibenarkan.

Ok....da abeh da citer...Ustad di atas adalah Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman.....maybe ada yang stil was-was or tak yakin sebab maybe angpa penah dengor ceramah dari mana2...or maybe jugak angpa penah di ajor masa kat universiti dulu or kat you tube pun ada yang mengatakan sebaliknya...x bulih dua kali ganda la , back door riba la, etc...macam entri aku sebelum ni, kita ni 'orang awam' (yang kurang ilmu pengetahuan dalam banyak bidang)...so apa yang kita bulih buat adalah mencari info dan fakta yang betoi...

Dan kalo kita x yakin plak dgn sesuatu fakta tu dengan betoi, kita cari lagi dari tempat lain dan dari orang yang betoi2 pakar dalam bidang tersebut...contohnya kita x bulih nak bertanya pada Pakar Engineering berkenaan kepakaran dalam bidang perubatan..x ke keje gila namanya tue...sama la mcm ilmu perbankan Islam....banyak disiplin2 ilmu yang diperlukan..ada yang pakar ilmu Fiqah dan ada yang pakar ilmu Tauhid etc...

So, kita sebagai 'orang awam' yang tahu tahap 'awamnya' kita nie, kita kena la bertaklid kepada pandangan majoriti ulama Fiqh kontemporari dan menghormati disiplin ilmu yang depa ada...tak salah kita sebagai 'orang awam' nak bertanya..tapi kena la denngan pikiran yg terbuka..bukan dengan mendabik dada merasa diri dan pandangannya di puncak kebenaran (quote from previous entry)...

Ok eberibodi....lain kali tanya dulu sebelum menjerit...takut jeritan tu jadi kokokan yang tak berbalas.....

Huh..!!!

Kita bertanya.................Al-Quran menjawab........

Terdetik nak buat entri nie sebab macam dapat membantu ramai orang je...Aku ada dapat satu handout kat opis aku..handout2 macam nie mmg selalu kami dapat la kat opis atas dasar saling mengingati..bagi aku info yang aku dapat dari handout nie tersangat la berguna..especially bila aku rasa teruji...dan aku jugak selalu refer balik pada info2 ni so that aku bulih buat keputusan yg betoi dalam hidup aku...Kalo kita x refer pada Quran dan Sunnah, kat sapa lagi yang paling layak kita refer....fine, manusia pun bulih membantu..tapi lagi bagus kalo dapat refer kat Quran & Sunnah...anyway, enjoy.............

KITA BERTANYA........dan AL-QURAN MENJAWAB......

Kita bertanya: KENAPA AKU DIUJI..?

QURAN menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sbelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta." (al-Ankabut ayat 2-3)

Kita bertanya: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM2KAN..?

QURAN menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah ayat 216)


Kita bertanya: KENAPA UJIAN SEBERAT INI..?

QURAN menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah ayat 286)


Kita bertanya: KENAPA RASA FRUST..?

QURAN menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (al-Imran ayat 139)


Kita bertanya: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA..?

QURAN menjawab:
"Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk." (al-Baqarah ayat 45)


Kita bertanya: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA NIE..?

QURAN menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...." (at-Taubah ayat 111)


Kita bertanya: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP..?

QURAN menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (at-Taubah ayat 129)


Kita bertanya: AKU TAK TAHAN...!!!!

QURAN menjawab:
"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 12)


Kalo still ada rasa nak mengeluh lagi......pergi la ngaji lagi....see.....Islam tu da complete...syumul..x perlu sebenornya nak buat benda yang bukan2 semata mata nak releas stress...nak bunuh diri la apa la...budus...x pikir panjang...mak kawan aku ada cakap yang salah satu punca orang stress ni disebabkan jauh ngan Allah..jarang baca Quran...aku rasa betoi gak tue...with Islam...life is simple..its always the people...they make life complicated...right...???

p/s: personally, aku suka soklan yang ketiga tu.....so, apa nak takut...

Huh...!!!

Friday, November 26, 2010

Sekadar berkongsi.....

Dalam proses aku nak beli umah nie macam2 benda aku belajor..bukan setakat procedure nak beli umah je yg aku belajo...pasal benda2 sampingan pun aku dapat belajor..contohnya, macam mana rupa sebenor treatment pembiayaan oleh Islamic Banking...anyway, aku bukan nak cerita pasai benda tue...sebab aku sendiri pun x a'rif pasal benda tue...so, kat sini aku nak share satu artikel dari Ustaz Zaharuddin..tajuk artikel dia tu "Fenomena Kurang Sihat Hari Ini"...

Aku nak wat disclaimer awai2 nie....semua yg kat bawah ni aku just copy paste je adri Ustaz Zaharuddin...so bukan ayat aku ok...bukan apa..kita nie manusia biasa..selalunya bila kita selaku orang awam (yg kurang ilmu pengetahuan tentang sesuatu subject) bercakap, orang awam yg lain macam x caya apa yg kita cakap..dalam ati mesti cakap "mamat ni mcm bagus je" or "macam la pandai sangat" or "Sape mamat nie yang pandei2 kuorkan statement cam nie"....cam tu la lebih kurang..tapi kalo benda tu keluor dari mulut pakar itu sendiri, people might listen to it..panjang sikit artikel nie, tapi da tanggungjawab kita tuk cari ilmu kan...??

FENOMENA KURANG SIHAT HARI INI
Fenomena yang berlaku hari ini, kelihatan ramai orang cuba mengkritik dan menjelas sesuatu bidang yang bukan bidangnya kajiannya. Jika dikaji sekalipun, kajian tersebut adalah longgar disebabkan ia tidak disandarkan kepada ‘foundation' yang kukuh.
Kesan sebenarnya adalah amat buruk dan akan terus menerus mengeliru dan menyesatkan. Justeru Islam melarang berkata tanpa ilmu mencukupi atau dia akan sesat, menyesatkan dan memudaratkan.
"Ustaz, hari ini perbankan Islam guna duit fiat (kertas) yang riba, haram 100 % untuk guna, jadinya saya berpegang bahawa semua perbankan Islam hari ini adalah tipu, ‘back door riba' bila buat produk, harga mahal, zalim, malah lebih zalim dari bank konvensional. Apa komen ustaz?" Tegas seorang ‘orang awam'
" Jadinya saudara ingin kata bahawa semua bank islam yang wujud di seluruh dunia hari ini adalah haram dan riba kerana menggunakan wang kertas?" Tanya saya ingin konfirmasi.
" ya begitulah ustaz, dan ustaz pun sama terlibat" sambil menjawab itulah sebiji peluru ditembak kepada saya dengan penuh emosi.
" jadinya saudara dengan penuh sedar mengaku di hadapn Allah bahawa saudara sedang terlibat dengan riba setiap hari?" balas saya
" apa pula kaitannya dengan saya?, saya duk cerita pasal bank Islam"
" Boleh saya tahu, dalam wallet saudara ada duit emas dan perak ? dan saudara beli baju yang saudara pakai ni atau dijahit sendiri ? kerana kalau  ia dibeli, saudara pakai duit emaskah?" Duga saya, manalah tahu jika sahabat ini benar-benar wali Allah yang dipenuhi karamah dan luar biasa.
" Mana ada duit emas, duit RM la, baju beli kat JUSCO"
" tadi saudara yakin dan tegas kata duit kertas itu Riba dan haram seratus peratus, jadi sekarang saudara sendiri guna duit kertas . Tidakkah sedar bahawa setiap hari saudara terlibat dengan urusanniaga riba ?
" habis tu , dah tak de duit emas , nak buat macama mana?"
"Tahu pula tidak ada duit emas di pasaran gunaan harian. Habis itu bagaimana Bank Islam ingin guna wang emas jika tiada di pasaran?. Saya nak tanya, saudara pernahkah belajar apa itu Hiyāl Syarʿiyyah, Makhraj syarʿie, Al-Hājah Tunazzal manzilah Al-arūrah, al-Tadarruj, ʿUmūm al-Balwa, Rukhoh, Mā ʾUbīhu Li al-arūrah yuqaddaru bi qadariha, Fiqh al-Waqiʿ, ʿillah al-thamāniyah dalam matawang, perbincangan Majmaʿ Fiqh Islami berkenaan hukum matawang kertas?" Tanya saya untuk mulakan perbincangan.
"arurat tu saya tahu, yang lain tu tak berapa pasti pulak, tetapi saya tahu ustaz nak bermadah helah kononnya darurat, ala.. asyik itu aja pointnya" katanya sambil mencebik bibir.
"Saya tak kata arurat, saya hanya tanya konsep-konsep tu pernah didalami atau tidak, dan faham atau tidak kaitannya dengan wang fiat? Para ulama fiqh yang buat keputusan itu telah amat memahami fungsi dan cara cipta matawang kertas hari ini, cuma saya nak pastikan saudara sendiri pula faham tak konsep-konsep fiqh tadi, kerana ia ada kaitan dengan perbincangan fiat money. Kalau saudara tidak mahiri kesemuanya, sukar untuk kita berbincang dengan berkesan, saya susah untuk menerang, saudara juga susah untuk memahami asas-asas dan hujjah ulama fiqh tersebut." Jawab saya.
"Tak pelah ustaz, lain kali, tapi pendirian saya jelas semua bank Islam tu bohong sahaja."
"Terpulang, cuma jangan dilupa satu kesimpulan lagi, dari sudut hukum Fiqh Islam, saudara HARAM menggunakan fiat money dalam urusan seharian kerana saudara sendiri telah yakin dan tidak merasakan wujud apa-apa excuse yang boleh digunakan untuk menggunapakai wang tersebut. Maka oleh itu setiap hari saudara dalam dosa-dosa besar" saya cuba menerangkan sedikit impak terhadap pendiriannya tadi.
"Satu lagi nak bertanya saudara, kalau semua bank Islam tu bohong dan haram, so pada pandangan saudara berbillion umat Islam di seluruh dnunia hari ini, haram sama sekali untuk menggunakan bank islam  jika demikian bolehkah mereka menggunakan bank konvensional?"
" Ya boleh, sebab kedua-duanya sama sahaja, malah bank konvensional lagi kurang beban" katanya mudah.
Inilah jenis biasa orang awam yang berlagak lebih mahir dari ulama fiqh terpakar di seluruh dunia yang telah mengeluarkan resolusi lengkap dan pendirian berkenaan bank-bank islam. Akhirnya, keutamaan tertumpu kepada harga, harga dan harga. Padahal dalam Islam, harga bukan penentu halal haram sesebuah transaksi. Kontrak adalah penentunya, kontrak datang dengan syarat dan rukun, bukan hanya nama semata.
Itulah fenomena yang berlaku hari ini, pendirian dibuat tanpa ilmu yang mencukupi, ilmu yang tidak ‘up to date' memang membahayakan dan akhirnya menjerat diri sendiri. Pendirian ‘jahil' sebegitu akhirnya juga menutup peluang umat Islam untuk bermuʿāmalāt secara halal bersandarkan ijtihad ulama berkelayakan.
YAKIN DAN TIDAK YAKIN
Satu contoh kesan ilmu yang dipegang terhadap sesuatu ibadah, adalah jika kita solat menghadap satu arah yang seorang itu sendiri tidak yakin itu adalah arah kiblah yang betul, solat kita akan menjadi TIDAK SAH. Namun, apabila kita menghadap kiblah setelah disarankan oleh seseorang yang boleh diyakini keilmuannya, solat kita adalah sah.
Justeru, sebuah keyakinan yang disimpul dari proses ilmu itu penting untuk menentukan hukum yang khusus ke atas ʿibadah dan muʿamalāt seseorang. Jika seseorang yakin (walaupun dalam kejahilan) bahawa fiat money itu adalah riba dan tidak ada sebarang konsep dalam fiqh yang membenarkannya, tatkala itu hukum ke atas dirinya adalah HARAM.
Bagi seseorang awam yang memhami tahap ‘awamnya' lalu bertaklid kepada pandangan majoriti ulama Fiqh kontemporari yang mengharuskan penggunaan matawang kertas sedia ada, malah diwajibkan zakat atas wang kertas yang dimiliki setelah cukup hawl dan nisabnya. Maka mereka terselamat dari melakukan dosa setiap hari, kerana mereka berpegang kepada fatwa (ijtihad) ulama yang berkelayakan.
Manakala, bagi mereka yang ingin bertaklid atau kononnya ‘analisa' lalu cenderung kepada ulama yang mengharamkan, terpulang kepada mereka, tetapi syaratnya adalah mereka wajib TIDAK MENGGUNAKAN WANG KERTAS, kerana itu bertentangan dengan keyakinannya (yang haram tanpa excuse dan ‘madah berhelah') dan jika dia terlibat juga, bermakna dia SEDANG bergelumang dalam DOSA besar setiap hari.
Itu hanya satu contoh, bagaimana keyakinan seseorang dan hukum dipegang punyai kesan, implikasi dan tanggungjawab ke atas dirinya.
Artikel saya ini tidak berhasrat menjawab contoh kes dan soalan di atas secara terperinci, kerana sebahagiannya telah dijawab manakala sebahagian yang lain memerlukan proses pengajian yang teknikal dan proper untuk pembaca memahaminya. Sama seperti orang awam dalam bidang perubatan, yang ingin memahami fungsi jantung, prosesnya, dan jenis ubatannya, side effect setiap ubat yang diambil, bacaan graph ECG jantung, kaitannya dengan strok dan banyak lagi.
POINT SAYA ADALAH..
Apa yang ingin saya kongsikan adalah, isu berkenaan perbankan dan kewangan Islam dalam rangka kewangan konvensional TIDAK DAN BUKAN satu isu yang boleh dibincang oleh semua. Ramai yang cuba berbincang berdasarkan sedikit pengalaman peribadi ketika membeli kereta, rumah, kad kredit dan sebagainya. Namun pengalaman sedemikian amat tidak mencukupi untuk melihat big picture and whole story di sebalik fatwa majlis Fiqh.  Ia berbeza dengan ilmu tidak bersifat teknikal yang saya sebelum ini. Ilmu berkenaan hal ini adalah bersifat teknikal.
Ia disebabkan kefahaman berkenaannya memerlukan kefahaman beberapa displin ilmu teknikal seperti
·         Fiqh Muʿamalāt, seluruh bab dalam topik muʿamalāt māliah.
·         Usūl Fiqh, khususnya perbincangan berkenaan dalālah, cara istinbad dan taʿarudh wa tarjih.
·         Maqāid Al-Sharīʿah, khususnya pertimbangan masalahat dan mudarat dan kaedah penentuannya.
·         Fungsi bank sebagai intermediary and kebolehlaksanaan fungsi sebagai trader,
·         Aplikasi sebenar produk perbankan Islam, aliran kontrak dan sebagainya.
·         Asset and liabilities di bank
·         Displin penentuan harga aset dalam Islam, apa yang dibenar dan yang tidak dibenar serta hujjah,
·         Qabah Hukmi dan bentuk di zaman moden serta aplikasinya
·         Uundang-undang berkaitan (seperti akta bank Islam dan Takaful),
·         Shariah governance framework,
·         Konsep-konsep dan pelaksanaan ibraʾ, Wakalah, Muqassah, Tafāhum Jānibi, Muwāaʾah, ʿUqud murakkabah, Wa'ad, ʾUjr, Qardh, konsep haʿ wa taʿajjal, hiyal yang diizinkan, makhraj syarʿi dan Al-Ghunmu Bi Al-Ghurmi pelbagai lagi.
·         Konsep beneficial ownership di dalamFiqh Islam.
Cuba saya tanya kepada pembaca sekalian, adakah saudara dan saudari telah ‘masak' dan faham item yang tersenarai di atas. ?
Jika belum, nyatalah orang tersebut adalah ‘orang awam' dalam hal dan isu kewangan dan perbankan Islam. Ikhlas saya nyatakan, mereka yang kabur berkenaan hal di atas belum punyai kelayakan untuk mengkritik secara terbuka seolah punyai kelayakan. Untuk menyampuk perbincangan sang pakar, kita terlebih dahulu mesti menyediakan tapak asas yang kukuh agar bahasa yang sama peringkat boleh digunakan.
Jika tidak, individu tersebut hanya akan membuka pekung di mindanya sahaja. Itulah sifat kebanyakannya, menyebabkan tiada pakar yang ingin menyahut ‘kokokannya' kerana dirasakan, kurang priotity melayan orang yang tidak dapat memahami laras bahasa ilmu yang sama. Kerana hingga ke akhir, dia tetap tidak akan dapat memahami.
Kalau ilmu tidak penting dalam hal ini, Allah tidak akan mengingatkan kita :
قلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
Ertinya : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"" Sesungguhnya orang yang beraqallah yang dapat menerima pelajaran" ( Az-Zumar : 9)
‘Orang awam' sudah tentu boleh bertanya dan menyuarakan kekeliruan, tetapi jangan sewenangnya mendabik dada merasa diri dan pandangannya di puncak kebenaran.
Demi Allah, saya tidak mengutarakan istilah-istilah di atas kerana ingin menggerunkan dan mengelirukan pembaca dengan istilah-istilah yang bertujuan melemahkan hujjah sesiapa atau menjatuhkan sesiapa.
Saya hanya ingin kita hormati displin ilmu dan pemiliknya. Itulah proses basic yang saya sendiri perlu lalui dan telah dilalui juga oleh semua ulama fiqh dan perbankan Islam di seluruh dunia. Hanya dengan gabungan kefahaman itu, kita akan sedar mengapa perlu perbankan Islam dan dimana kekuatan dan kelemahannya. Jika ada mengapa kelemahan, mengapa ia berlaku dan adakah ia boleh diubah dengan mudah dan apakah kesannya terhadap hukum, orang ramai dan sebagainya.

Ok.....so, keputusan di tangan anda.....aku malas nak ulas apa2 dah....Thank you to Ustaz Zaharuddin sebab selalu kongsi benda2 yg kita patut tahu...tapi selalu kita x nak amek tahu atau buat2 x tahu...

Huh...!!!!

Friday, November 12, 2010

x dak kesedaran sivik punya olang.....

Ada beberapa jenis golongan manusia yang buat aku hangin satu badan.......Ok...first of all, aku nie agak cool orangnya (ceh..gila punya olang, puji dili sendili)...maknanya, dalam apa2 jenis kondisi pun, insya Allah aku bulih lek lek je....TAPI.................ada beberapa kondisi yang kompom akan buat akunye blood pressure naik mencanak....badan rasa berangin-angin je..tangan serta kaki terasa ringan...orang lain aku nampak kecik je...huh..golongan2 macam nie mmg x leh kasik can...golongan2 golongan tersebut adalah;


1) Orang2 yang naik eskalator tapi dia ingat eskalator tue bapak dia yang punya..pala hotak sungguh..len kali kalo nak nek eskalator, tapi nak berdiri je, atau berlenggang je, atau bersembang-sembang nak tackle ngan awek kat sebelah (mcm la bulih dapat), atau nak bermanja ngan awek sendiri sambil belai2 rambut, ANGPA BERDIRI LA KAT BELAH KIRI NGOK.......!!! macam baru keluar dari hutan..tak reti adab nek eskalator...bukan nak makan je ada adab..nak nek eskalator pun kena beradab beb...yang signboard "Sila Berdiri Di Sebelah Kiri Untuk Beri Laluan" plak ada kat hujung eskalator...apa kejadahnya...


2) Orang2 yang bulih dikategorikan sebagai BODOH, BANGANG NAK MAMPOS TAPI KECIK2 DULU X NAK MAMPOS DA BESOR MENYUSAHKAN ORANG..org2 tersebut adalah, bila pagi2 or petang2 or malam2, semua orang dok sikit punya cantek berator tunggu tren (Putra, STAR etc), yang golongan ni rilek je tiba2 datang terus berator depan pintu...bila kita jeling kat dia, rilek je dia bulih senyum balik kat kita...bengong punya olang...rasa nak tapak2 je muka org cam nie...bukannya x leh nampak org tengah berator elok2 macam Ramlee, Sudin & Ajis berator tunggu turn nak berak....huh...


3) Kategori yang seterusnya adalah orang2 yang memandu keter macam bawak pasola, tapi dok lorong paling kanan konon2 mcm bawak Ferrari...orang mcm nie mmg pantang betoi kalo aku jumpa..ringan je jari aku nie...Kalo da tau bawak keter tu lembab nak mampos, dok la lorong paling kiri...x dak sapa nak marah kalo dok lorong paling kiri..nie dak..pi dok lorong paling kanan...huh..naik tekanan darah aku...Yang bawak moto pun sama...da tau nek moto tu slow, dok la tepi jalan or dalam lorong motosikal yg disediakan..x payah la nak belagak dok dalam lorong keter..huh..aku dulu pun bawak moto gak...toksah nak berlagak ler...


4) Yang nie plak kategori beli kenderaan tapi kena tipu idup2 ngan salesman keter mahupun motor...huhu...ada ke patut beli keter/motor rege ribu ribu tapi  lampu signal pun x dak...free je kena tipu ngan salesmen tue..kompom lampu signal da kena cabut dan da kena juai kat kedai sparepart..huhu...takpun maybe depa nie beli keter package without signal lamp...huh..kalo ada lampu signal x kan la depa x reti plak nak guna..bukannya susah pun..x pakei tenaga sgt pun nak on-kan lampu signal..adoyai...awat la bodoh sgt....aku selalu kena  kat simpang2 kampung mahupun jalan besor...keter da la banyak...tapi disebabkan ada golongan2 mangkok ayun yg x reti pakei lampu signal, bertambah-tambah lamanya aku kena tungu...demit....


5) yang ni plak satu lagi golongan yg aku x pueh ati..geram je aku ngan org yg macam nie...selaku masyarakat prihatin dan atas semangat satu Malaysia, kita kena la hormat golongan2 yang perlu penghormatan seperti ibu mengandung, warga emas, OKU dan jugak mak bapak budak yg pegang budak...nie kiter citer dalam tren la k...so, atas Semanagat Satu Malaysia kompom la kita offer tempat duduk kat golongan2 yg disebut tadi....yg aku x pueh ati tue apabila golongan2 nie jugak la yg bagi aku BODOH SOMBONG sebab x sudi terima offer kita..org da kasik duduk tu, duduk je la...nie idak, dia suh kita dok balik...nie la adab memberi dan menerima...x sekolah punya olang..fine..kita pun dok la balik..pas tu, bila tren tu amek penumpang lain kat stesen lain, depa dok jeling2 la kat aku..mesti dlm pala otak depa dok cakap "Siot betoi la mamat nie..bukan nak kasik seat kat mak cik tue"...huh..demit....


6) Golongan yang ni plak adalah golongan yang x peka dengan keadaan sekeliling....golongan yang selfish nak mampos...huh...golongan yang dalam tren depa bulih dok bersandor kat tiang tengah2 tren tue..tiang tu untuk orang pegang supaya x tergolek kalo jadik tren tu kona ke, brek emergency ke...tapi kalo golongan ni da bersandor kat tiang tue, cam mana orang nak pegang ngok...huh...selfish tul....
Jadi, diseru pada rakan2 serta sanak saudara mahupun masyarakat di luor agar peka dengan perkara2 yg disebut diatas..semoga kita tak tergolong dlm golongan2 yang macam nie....kalo kita buat perangai cam nie, jgn marah or nak melenting la kalo kena maki, or ada orang tunjuk f*ck kat ang...x pun kalo tiba2 je kena lempang tue, cek la balik kot2 kita tergolong dlm golongan yg disebut di atas...


Huh...!!