Monday, March 21, 2011

Kak Peah...


Dia seorang jiran…
Dia seorang kawan…
Dia seorang kakak…
Dan dia telah tiada…

Hanya tinggal memori bersama beliau…yang aku harap takkan hilang sampai bila-bila…

Beliau seorang suri rumah yang mempunyai 5 orang anak berusia 5 bulan hingga 13 tahun…sungguh mereka masih kecil dan tak memahami yg ibu mereka sudah tiada…Sudah lebih kurang 7 tahun kami kenal…sejak kami berpindah ke Desa Mutiara Salak pada tahun 2003…semalam, 20 Mac 2011 beliau telah pergi menghadap Ilahi pada usia lingkungan 30an…

Sedih…? Mana taknya…Boleh dikatakan setiap hari selepas aku pulang dari kerja aku akan ke rumah beliau bersama anakku, Zahid utk bermain-main bersama anak bongsu beliau yang kini berumur 5 bulan…Aira Qalesya…

Kenangan sungguh banyak bersama beliau…beliau banyak membantu aku dan keluarga…dan aku sangat berterima kasih kepada beliau…Memori seperti memakaikanku inai untuk hari perkahwinanku, membuat dan membakar kek di rumah beliau walaupun dilihat seperti perkara-perkara kecil, tapi bagi aku sangat bermakna…beliau willing datang ke rumah untuk memandikan anakku sewaktu aku berpantang dan tiada orang dirumah…

Pada petang 7 Mac 2011 (Isnin) seperti biasa aku dan anakku pergi ke rumah beliau untuk bermain bersama Aira.  Sememangnya aku dan suami ingin meminta tolong suami beliau untuk membetulkan lampu di rumah kami…aku meminta supaya beliau sampaikan kepada sumai beliau…

Pada malam tersebut, beliau bersama suami, anak kedua, ketiga dan keempat beliau datang ke rumahku…suamiku sibuk membetulkan lampu bersama suami beliau…aku pula sedang sakit perut…tidak pula aku dan beliau banyak berbual…

Keesokannya (selasa), aku pulang setengah hari dari kerja kerana tidak tahan dengan sakit perutku…aku tidur sahaja dirumah…petang itu, aku tidak keluar rumah…

Hari berikutnya (rabu), aku tidak singgah ke rumah beliau…kerana aku bertanya kepada anak ketiga beliau yang sedang bermain di depan rumah “ibu ada kat rumah tak”…anak beliau menjawab “ibu demam”.  Jadi aku tidak mahu mengganggu beliau…

Hari berikutnya (khamis), aku juga tidak singgah rumah beliau kerana aku terserempak dengan anak sulung beliau di luar rumah ketika aku membawa anakku berjalan-jalan petang itu…aku bertanya, “umi, kau tak sekolah ke?” jawabnya, “tak, jaga ibu dan aira…ibu demam…hanya tidur di dalam bilik kerana tak larat”.
Aku tak sangka hari Isnin lepas adalah hari terakhir aku bertemu dan berbual bersama beliau… :’(

Pada 14 Mac 2011 (Isnin), umi memberitahu bahawa beliau (K.Peah) sakit…tak boleh bangun…demam panas…meracau-racau…cekung…dan adik beradik beliau sudah membawa beliau berubat dengan Imam…sewaktu berubat dengan Imam, beliau meracau-racau dalam bahasa tidak difahami…jadi semua menyangka beliau terkena buatan orang…itu adalah apa yang disampaikan oleh umi kepadaku…umi telah pergi melawat beliau semasa hari minggu…

Petang itu, aku tidak dapat pergi ke rumah beliau selepas kerja kerana hujan lebat…

Keesokannya (Selasa), aku ingin pergi ke rumah beliau untuk melawat…namun, tiada siapa di rumah beliau…
Rabu, aku balik kerja setengah hari untuk membawa anakku pergi check up di Klinik Desa Gicing…masuk sahaja kereta (umi yg ambil aku ditembat kerja) umi beritahu yang beliau (k.Peah dimasukkan di ICU Hosp. Serdang) dan umi ingin melawat.  Petang itu, umi berbual bersama keluarga dari sebelah suami beliau di rumah Cik Timah (sebelah rumah beliau)…Menurut perkhabaran, beliau telah ditempatkan di wad biasa…Jadi, umi serta saudara-saudara beliau yang berkumpul di rumah Cik Timah membatalkan niat untuk ke hospital petang itu…

Pelbagai tekaan penyakit beliau…mungkin denggi…sebab darah sudah dijangkiti kuman dan virus… tapi hakikatnya, semasa itu, doktor sendiri pun tidak tahu puncanya…

Khamis, seperti biasa aku menghantar anakku ke rumah umi sebelum pergi kerja…umi memberitahu, k.Peah berada di CCU bukan di wad biasa…berlaku misunderstanding semalam yang beliau telah ditukarkan ke wad biasa…keadaannya kritikal…umi menyuruhku balik tengahari dari kerja untuk melawat beliau…kerana takut tidak sempat……..

Aku terus menyuruh suamiku juga balik tengahari untuk melawat beliau…Petang itu, selepas berkemas-kemas (kerana kami plan untuk pulang ke Ipoh selepas melawat beliau), kami bertolak ke Hosp. Serdang…Untuk melawat beliau di CCU, hanya dua orang dibenarkan setiap kali masuk…aku masuk bersama suamiku…keadaannya nampak kritikal…pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik…hanya melihat dari luar pintu kaca sahaja…aku sedekahkan Alfatihah, ayat kursi, dan ayat-ayat lain kepada beliau…
Kemudian, aku, suami dan anakku pulang ke Ipoh…

 Gambar terakhir beliau yang sempat ku ambil semasa melawat beliau di CCU Hosp. Serdang.

20 Mac 2011 (ahad), aku mendapat panggilan dari umi yang beliau sudah tiada…ketika itu pukul 2.30 pagi…

Jam 5.30 pagi, aku dan suami bersiap-siap untuk pulang ke sepang…6.30 pagi kami bertolak…9 pagi kami tiba di Desa Mutiara Salak…ketika itu, sudah ramai orang berkumpul di rumah beliau…

Aku sempat memandikan jenazah beliau biarpun hanya tolong-tolong sedikit sahaja…dan aku sempat cium dahi beliau buat kali terakhir sebelum jenazah disembahyangkan dan dibawa ke perkuburan…

Menurut adikku, doktor sudah tahu yang beliau tidak boleh diselamatkan maka doktor memberitahu keluarga beliau untuk datang membaca yasin dan berjumpa beliau buat kali terakhir…umi sempat bersama beliau di akhir hayat beliau kerana anak beliau meminta tolong umi supaya menghantar mereka ke Hospital Serdang pada 19 Mac 2011 dalam jam 10 malam…doktor pula memberi beliau ubat untuk beliau sedar supaya berpeluang untuk mengucap…Beliau pergi jua malam itu…Selama-lamanya.

Menurut suamiku, abi ada memberitahu antara permintaan terakhir beliau…beliau ingin meminta izin daripada suamiku supaya aku dapat menyusukan anak bongsu beliau jika anak beliau menolak susu tepung…wahhhhhh…sedihnya aku…

 Anak bongsu beliau semasa berumur 4 bulan...Kini berusia 5 bulan lebih dan ibunya telah pergi selamanya...

K.Peah, terima kasih kerana telah banyak tolong kakak (beliau memanggilku dengan panggilan kakak kerana familyku memanggilku dengan panggilan itu) selama ini…Selalunya orang yang baik lebih disayangi oleh Allah.  Allah lebih sayangkan K.Peah…Semoga K.Peah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana…I will miss you…Al-Fatihah…. :’( :’( :’(

Note: Beliau di dalam cerita di atas bernama Rafeah Jaafar…..umi adalah ibuku...abi adalah bapaku...

-Inaz-

No comments:

Post a Comment