Saturday, March 26, 2011

"Melayu pergi mampos la"...sape yang cakap ni...??

Aku x minat nak sembang politik kat tempat2 awam macam blog or facebook...kalo ada kawan2 aku yg selalu sangat sembang politik kat tempat2 awam especially facebook dan selalu sgt post benda2 yg aku rasa x patut, mmg aku remove je terus...x de masa nak layan...tapi kali nie akku terpaksa post benda nie...kenapa..? first, sebab aku sendiri nak simpan dan bulih baca di kemudian ari especially utk anak2 aku nanti...Tak kira la angpa UMNO ke, PAS ke, PKR ke, yang penting angpa baca....x kira jugak kalo angpa Melayu ke, cina ke, India ke, yang penting angpa baca....sebabnya bagi aku benda ni penting untuk kemaslahatan semua.....apa tafsiran angpa lepas angpa baca ni, itu angpa punya pasai....


Semua ni dipetik dari YB Zulkifli Nordin...bukan aku yang cakap ok...

MELAYU MESTI BACA - kebenaran peristiwa 13 Mei


PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU
Petikan Hansard Dewan Rakyat 

28 Oktober 2010, 3.53 ptg.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah...

[Membaca sepotong doa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.

Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama. 

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting

Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang. 
  
Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah. 

Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan. 

Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan. 
  
Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?

Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman - Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu. 

Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.

Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.

Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.

Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.

Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.

Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam.Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.

Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:


Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.

Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?

Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.

Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.

Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei. 


Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah. 


Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN. 


Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. 


Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”. 


Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” 


Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.” 


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” 


Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” 


Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”


Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.

Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.

Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.


 

Mayat Cina di Arak
 

 
Mayat Tanpa Kepala
 





Huh.....lu pikir la sendiri.................

Monday, March 21, 2011

Kak Peah...


Dia seorang jiran…
Dia seorang kawan…
Dia seorang kakak…
Dan dia telah tiada…

Hanya tinggal memori bersama beliau…yang aku harap takkan hilang sampai bila-bila…

Beliau seorang suri rumah yang mempunyai 5 orang anak berusia 5 bulan hingga 13 tahun…sungguh mereka masih kecil dan tak memahami yg ibu mereka sudah tiada…Sudah lebih kurang 7 tahun kami kenal…sejak kami berpindah ke Desa Mutiara Salak pada tahun 2003…semalam, 20 Mac 2011 beliau telah pergi menghadap Ilahi pada usia lingkungan 30an…

Sedih…? Mana taknya…Boleh dikatakan setiap hari selepas aku pulang dari kerja aku akan ke rumah beliau bersama anakku, Zahid utk bermain-main bersama anak bongsu beliau yang kini berumur 5 bulan…Aira Qalesya…

Kenangan sungguh banyak bersama beliau…beliau banyak membantu aku dan keluarga…dan aku sangat berterima kasih kepada beliau…Memori seperti memakaikanku inai untuk hari perkahwinanku, membuat dan membakar kek di rumah beliau walaupun dilihat seperti perkara-perkara kecil, tapi bagi aku sangat bermakna…beliau willing datang ke rumah untuk memandikan anakku sewaktu aku berpantang dan tiada orang dirumah…

Pada petang 7 Mac 2011 (Isnin) seperti biasa aku dan anakku pergi ke rumah beliau untuk bermain bersama Aira.  Sememangnya aku dan suami ingin meminta tolong suami beliau untuk membetulkan lampu di rumah kami…aku meminta supaya beliau sampaikan kepada sumai beliau…

Pada malam tersebut, beliau bersama suami, anak kedua, ketiga dan keempat beliau datang ke rumahku…suamiku sibuk membetulkan lampu bersama suami beliau…aku pula sedang sakit perut…tidak pula aku dan beliau banyak berbual…

Keesokannya (selasa), aku pulang setengah hari dari kerja kerana tidak tahan dengan sakit perutku…aku tidur sahaja dirumah…petang itu, aku tidak keluar rumah…

Hari berikutnya (rabu), aku tidak singgah ke rumah beliau…kerana aku bertanya kepada anak ketiga beliau yang sedang bermain di depan rumah “ibu ada kat rumah tak”…anak beliau menjawab “ibu demam”.  Jadi aku tidak mahu mengganggu beliau…

Hari berikutnya (khamis), aku juga tidak singgah rumah beliau kerana aku terserempak dengan anak sulung beliau di luar rumah ketika aku membawa anakku berjalan-jalan petang itu…aku bertanya, “umi, kau tak sekolah ke?” jawabnya, “tak, jaga ibu dan aira…ibu demam…hanya tidur di dalam bilik kerana tak larat”.
Aku tak sangka hari Isnin lepas adalah hari terakhir aku bertemu dan berbual bersama beliau… :’(

Pada 14 Mac 2011 (Isnin), umi memberitahu bahawa beliau (K.Peah) sakit…tak boleh bangun…demam panas…meracau-racau…cekung…dan adik beradik beliau sudah membawa beliau berubat dengan Imam…sewaktu berubat dengan Imam, beliau meracau-racau dalam bahasa tidak difahami…jadi semua menyangka beliau terkena buatan orang…itu adalah apa yang disampaikan oleh umi kepadaku…umi telah pergi melawat beliau semasa hari minggu…

Petang itu, aku tidak dapat pergi ke rumah beliau selepas kerja kerana hujan lebat…

Keesokannya (Selasa), aku ingin pergi ke rumah beliau untuk melawat…namun, tiada siapa di rumah beliau…
Rabu, aku balik kerja setengah hari untuk membawa anakku pergi check up di Klinik Desa Gicing…masuk sahaja kereta (umi yg ambil aku ditembat kerja) umi beritahu yang beliau (k.Peah dimasukkan di ICU Hosp. Serdang) dan umi ingin melawat.  Petang itu, umi berbual bersama keluarga dari sebelah suami beliau di rumah Cik Timah (sebelah rumah beliau)…Menurut perkhabaran, beliau telah ditempatkan di wad biasa…Jadi, umi serta saudara-saudara beliau yang berkumpul di rumah Cik Timah membatalkan niat untuk ke hospital petang itu…

Pelbagai tekaan penyakit beliau…mungkin denggi…sebab darah sudah dijangkiti kuman dan virus… tapi hakikatnya, semasa itu, doktor sendiri pun tidak tahu puncanya…

Khamis, seperti biasa aku menghantar anakku ke rumah umi sebelum pergi kerja…umi memberitahu, k.Peah berada di CCU bukan di wad biasa…berlaku misunderstanding semalam yang beliau telah ditukarkan ke wad biasa…keadaannya kritikal…umi menyuruhku balik tengahari dari kerja untuk melawat beliau…kerana takut tidak sempat……..

Aku terus menyuruh suamiku juga balik tengahari untuk melawat beliau…Petang itu, selepas berkemas-kemas (kerana kami plan untuk pulang ke Ipoh selepas melawat beliau), kami bertolak ke Hosp. Serdang…Untuk melawat beliau di CCU, hanya dua orang dibenarkan setiap kali masuk…aku masuk bersama suamiku…keadaannya nampak kritikal…pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik…hanya melihat dari luar pintu kaca sahaja…aku sedekahkan Alfatihah, ayat kursi, dan ayat-ayat lain kepada beliau…
Kemudian, aku, suami dan anakku pulang ke Ipoh…

 Gambar terakhir beliau yang sempat ku ambil semasa melawat beliau di CCU Hosp. Serdang.

20 Mac 2011 (ahad), aku mendapat panggilan dari umi yang beliau sudah tiada…ketika itu pukul 2.30 pagi…

Jam 5.30 pagi, aku dan suami bersiap-siap untuk pulang ke sepang…6.30 pagi kami bertolak…9 pagi kami tiba di Desa Mutiara Salak…ketika itu, sudah ramai orang berkumpul di rumah beliau…

Aku sempat memandikan jenazah beliau biarpun hanya tolong-tolong sedikit sahaja…dan aku sempat cium dahi beliau buat kali terakhir sebelum jenazah disembahyangkan dan dibawa ke perkuburan…

Menurut adikku, doktor sudah tahu yang beliau tidak boleh diselamatkan maka doktor memberitahu keluarga beliau untuk datang membaca yasin dan berjumpa beliau buat kali terakhir…umi sempat bersama beliau di akhir hayat beliau kerana anak beliau meminta tolong umi supaya menghantar mereka ke Hospital Serdang pada 19 Mac 2011 dalam jam 10 malam…doktor pula memberi beliau ubat untuk beliau sedar supaya berpeluang untuk mengucap…Beliau pergi jua malam itu…Selama-lamanya.

Menurut suamiku, abi ada memberitahu antara permintaan terakhir beliau…beliau ingin meminta izin daripada suamiku supaya aku dapat menyusukan anak bongsu beliau jika anak beliau menolak susu tepung…wahhhhhh…sedihnya aku…

 Anak bongsu beliau semasa berumur 4 bulan...Kini berusia 5 bulan lebih dan ibunya telah pergi selamanya...

K.Peah, terima kasih kerana telah banyak tolong kakak (beliau memanggilku dengan panggilan kakak kerana familyku memanggilku dengan panggilan itu) selama ini…Selalunya orang yang baik lebih disayangi oleh Allah.  Allah lebih sayangkan K.Peah…Semoga K.Peah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana…I will miss you…Al-Fatihah…. :’( :’( :’(

Note: Beliau di dalam cerita di atas bernama Rafeah Jaafar…..umi adalah ibuku...abi adalah bapaku...

-Inaz-

Sunday, March 13, 2011

Seharian...


Ini pula kisah seharian dalam hidup aku (Inaz) : 

5.50am – bangun, mandi, pakai baju, solat
6.20am -  1st pumping time (20 minutes)
6.40am – basuh pump, lap, masukkan pump & parts, ice pack & cooler bag dlm bag
6.50am – siap2 pakai tudung
6.55am – dukung zahid naik kereta pergi rumah umi
7.05am – sampai rumah umi, simpan bekalan susu zahid dalam fridge, duduk2 dengan zahid sebelum pergi kerja
7.20am – gerak pergi kerja (abang hantar)
7.40am – sampai office, punch card, breakfast
9.20am – 2nd pumping time (20 minutes)
12.20pm – 3rd pumping time (20 minutes)
1pm – lunch
2pm – solat zuhur
4.40pm – 4th  pumping time (20 minutes)
5.30pm – balik, tunggu abi jemput
6pm – sampai rumah, simpan EBM dalam fridge & ice pack dalam freezer
6.10pm – bawa zahid jalan2 & round2 kt taman / pergi rumah k.Peah gosip2 n sambil tengok cerita indon n main2 dengan aira...zahid main dengan anak2 k.peah yg lain...huhuhu...
7pm – balik rumah, mandikan zahid, warm susu zahid (tambah nestum...zahid lapar lepas mandi)
7.30pm – solat magrib, dinner, tapau dinner untuk husbank, kemas barang2 zahid, pack EBM n ice pack dalam cooler bag, get ready nak balik...husband jemput ( dia balik dari kerja)
8pm – sampai rumah, simpan EBM dalam fridge n ice pack dalam freezer...
8.05pm – 5th pumping time (20 minutes)
8.30pm – basuh pump parts n bottles yang zahid guna during the day (if rajin, if x suami yang buat)...hehehehe...
8.45pm – solat isyak, kemas CD n baju2 zahid untuk next day...
9.30pm – masukkan susu EBM during the day dalam bekas dan labelkan tarikh n masa, then simpan dalam deep freezer...
9.45pm – rehat2, tengok tv, main dengan zahid...most of the time da terlelap...huhuhu...
11.30pm – bangun untuk 6th pumping time (20 minutes)...thanks to suami yang da siap2 pasangkan parts2 untuk mengepam...
11.50pm – basuh pump parts, lap dan pasang siap2 untuk kegunaan next morning (selalu suami tolong lapkan juga...) then tidur...huhuhu...
5.50am – bangun & repeat rutin...huh...

Ini adalah rutin harianku during weekdays yang bekerja...untuk mommies bekerja yang membreastfeed (yg mengimpikan untuk membreastfeed anak sehingga 2 tahun) pumping time is essential...so, aku berusaha untuk mengepam sekerap mungkin...that is my effort untuk merealisasikan impian itu...selebihnya, tawakkal kepada Allah...(macam bagus je ayat aku...huhuhu...)

Selain itu, tidak dilupakan peranan husband dalam meringankan rutin harian aku...dia yang usually basuh & lap botol zahid, basuh CD zahid, jemur baju, basuh pump parts (bila aku da x larat sangat), jaga n tidurkan zahid bila aku tidur awal, kejutkan aku bila sampai waktu mengepam, iron uniform kerja dan buat kerja2 rumah yg lain...mmg sgt2 la berterima kasih sebab dapat husband yang bertanggungjawab, baik pulak tuh (semoga kekal begini sampai bila2 ok...heheheh...tq abang...jasamu akan dikenang sampai akhir hayat....) Rutin harian dia lagi memenatkan kot...boleh refer kt entri ini...

Double Z @ Dataran Nilai

Ada beberapa org penting yg also membantu dalam rutin harianku... 
1. Umi (my mother) yg jaga zahid seharian semasa aku pergi keje...dia juga yang akan masak dinner untuk aku makan before aku balik rumah sbb die risau aku x sempat nk masak sbb nk jaga zahid bagai (note: aku balik rumah mak aku dulu after balik kerja, then nnti husband aku akan pick up aku n zahid balik rumah after dia balik kerja)...siap suruh aku tapaukan makanan untuk husband aku untuk dimakan bila sampai rumah.
 Zahid dan Nek Umi dia
2. Abi (my father) yg jemput aku balik kerja petang2...kalau tak aku nak balik macam mana...huhuhu... 
3. Abang (my brother) yg hantar aku pergi keje pagi2...
(semua jasa org-org di atas amat aku hargai dalam hidup aku....)

P/S : tq kepada Encik Zedil lagi sekali sbb bagi pinjam blog...hehehehe...

-Inaz-

Membuta tuli....

Sejak dua menjak nie gua selalu remove org dari friend list gua kat facebook...sebab gua menyampah dengan statement2 yg depa dok bubuh kat facebook....contoh terbaru....

"Orang yg sebarkan fitnah adalah fasik...yang membukukan adalah fasik..yang menerbitkan adalah fasik...yang membeli dan membaca adalah fasik..."

Bodo punya olang......kalo aku jumpa face to face ngan mamat ni siap dia...huh...dalam waktu yg sama Tun Mahathir baru je releasekan buku dia..nampak sgt statement mamat bangang ni nak ditujukan kat sape...budus...ang ingat semua org kat dalam FB tu semuanya pembangkang bodo mcm ang ke...orang lain pun pembangkang jugak tapi x bodo macam ang....huh....dari sape dia dengor hukum tu aku x tau la....yang mengeluarkan statement asal tu lagi la bangangnya...da tu kalo kita baca bible fasik la....kalo kita baca buku org2 kapir fasik la jugak...bodo....kalo kita x baca bible mcm mana kita nak kaji dan tangkis segala statement depa nanti..Bible tu lagik la besor fitnahnya..tapi fasik ke kalo baca....

morale of the story, kalo setakat nak beli buku dan baca x de salahnya....pas tu kalo nak belajor ngan ustaz, carik la ustaz yg x berpolitik....belajor betoi2...ni idak, kalo da org tu alim sikit, pakei serban sikit pas tu ada kelulusan agama sikit then pandei bercakap plak, fuhh senang je terus percaya..bodo...mmg dunia da akhir zaman bila org yg cetek ilmu agamanya cepat je nak bercakap pasal agama...pastu nak berlagak macam tuhan....konpiden je cakap yang orang tu fasik, orang yg ni pulak mungkar..adoyai..bodo dan sesat ya amat....huh...

Kesimpulan...segala statement yg tak berpaksikan fakta sebenar mahupun ayat Quran ataupun hadis, dan ada unsur hasutan mmg aku remove dan block terus dari list friend kat FB..org pakei FB dengan niat nak dekatkan yg jauh dan rapatkan ukhwah..yg lu plak post benda2 cam nie...bodo....

Huh......