"Hang sapa nak nasihat aku macam-macam nie...!!! Hang ostat ka...!! da cukup ka ilmu hang yg hang dok sibok2 nak kasik nasihat kat aku nie....!!!!"
Mesti kita pernah dengor org cakap macam ni kan....dalam erti kata lain, toksah la nak nasihat org kalo diri sendiri tak betoi...hhrrmm....so macam mana...? Actually benda ni tak sepatutnya jadi kat kita...ni yang teman nak kongsi ni....
Penah dengo nama al-Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri x...? kalo x penah dengo sila la tanya pak cik google....Beliau seorang ulama tabiin yg terkenal sangat soleh, alim juga tampan. Imam besar ni lahir kat Basrah dan wafat di kota yg sama pada tahun 110H..
Yunus bin Ubaid berkata:"Setiap org yg melihat wajah al-Hasan akan beroleh manfaat meskipun ia tidak mendengar kata-katanya."
Banyak kisah2 tentang al-Hasan ni..banyak buku menceritakan tentang kedalaman ilmu dan kesolehan beliau..tapi apa yang aku nak kongsi ni adalah satu kejadian yg ada pengajaran berharga utk kita semua...
Satu hari, al-Hasan al-Basri berjumpa dengan sorang pemuda drpd Bani al-Shikhir. Al-Hasan berkata kepadanya: "Nasihatilah kami; wahai pemuda."
Pemuda itu menjawab:"Aku belum layak utk memberi nasihat, wahai Abu Sa'id."
Al-Hasan berkata: "Siapakah yg benar2 layak memberi nasihat? Syaitan sgt suka dgn kata2 ini. Dan ia berharap agar manusia mengambilnya sehingga tak ada lagi yg mengajak pada kebaikan dan melarang keburukan."
Kisah ni diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dlm kitab al-Zuhd dan juga Abu Muhammad al-Ramahurmuzi dlm al-Muhaddith al-Fasil.
Nilai Dakwah
Setelah aqidah dan tauhid, tak de benda lain yg setan benci selain drpd ajakan utk kembali pd Allah dan agama-Nya, amar makruf nahi mungkar dan anjuran utk mengamalkan adab mulia. Semua ni terangkum dlm kalimat "dakwah".
Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud: "Siapakah yg lebih baik perkataannya drpd org yg menyeru kpd Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: 'Sesungguhnya aku termasuk org yg menyerah diri." (Surah Fussilat 41:33)
Dakwah bukan kat masjid je. Time kita bersembang pun boleh bagi nasihat. Kadang2 lebih berkesan kalo kita bersembang kat kedai kopi ngan kawan2 pasal Allah dan hari akhirat drpd dngo ceramah kat dlm majlis ilmu.
Bila seungkap kata2 berjaya bawa perubahan pada diri seseorang, maka ganjaran besar tersedia utknya drpd Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib, mafhumnya: "Apabila Allah memberi hidayah kepada seorang manusia keranamu, maka (ganjarannya) lebih baik bagimu drpd (memiliki) unta merah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bisikan Syaitan
Salah satu jalan halus yg setan buat to make sure terhentinya dakwah adalah dgn membisikkan perasaan "tidak layak" dlm hati org yg nak berdakwah. Syaitan ni akan buat kita nampak kekurangan yg ada kat diri kita atau ahli keluarg kita, lalu syaitan berkata: "Lihatlah dirimu. Engkau tak layak berdakwah dan memberi nasihat." Tujuan setan ni simple je..dia akan buat kita rasa malu dan rendah diri sampai kita x de rasa nak kasik nasihat atau tegor kesalahan yg kita nampak.
Al-Hasan al-Basri mengingatkan bahawa itu adalah tipu daya syaitan dan kita x boleh tertipu dengannya.
Kalo dakwah dan nasihat memerlukan org yg sempurna, then x de langsung la yg layak berdakwah dan kasik nasihat kat dlm dunia nie..semua org tak terhindar dr buat dosa..
Tiada yg Sempurna
Memang, selayaknya pendakwah memiliki sifat2 kesempurnaan. Namun, tak semua org ada sifat2 ni. Bahkan tak semua ulama dianugerahi ahli keluarg yg sempurna, sebab hidayah berada di "tangan" Allah. Ia diberikan hanya pada org yg dikehendaki-Nya.
Imam Malik bin Anas seorang ulama yg sempurna dgn ilmu dan keperibadiannya. Namun begitu, anaknya yg bernama Yahya berbeza sama sekali dgn beliau. Yahya x suka duduk dlm majlis ilmu ayahnya, ttp lagi suka bermain dgn burung peliharaanya.
Of course Imam Malik sedih, namun itu x menghalang beliau dr terus menyebarkan ilmu. Beliau hanya berkata: "Adab ini adab Allah, bukan adab ayah dan ibu. Ilmu ini ilmu Allah, bukan ilmu ayah dan ibu." (Al-Muhaddith al-Fasil)
Jangan Tertipu
Selain kpd diri pendakwah, bisikan syaitan ini juga ditujukan kpd org ramai. Tujuannya sama, utk hentikan aktiviti dakwah agar tidak tersebar ke seluruh umat.
Akibatnya, kita selalu dengor org cakap macam2 tentang pendakwah ataupun org yg bagi nasihat:
"Ustaz tu pandai kasik nasihat kat org lain, tapi family dia sendiri dilupakan." Ataupun: "Ustaz Polan tu, bini dia sendirik tak pakei hijab." dan juga mcm mcm jenis lagi ucapakn yg kita dengo...
Sikap mcm ni x patutnya ada..walaupun niat org yg mengutuk itu baik, tapi kesannya sgt buruk...dengan ucapan2 yg mcm ini, kita seolah-olah ikut bersama-sama syaitan utk menghentikan dakwah islamiyah...
Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:"Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" (Riwayat al-Bukhari)
Kekurangan diri mmg harus diperbaiki. Namun ia tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kita dari menyeru kebaikan. Jika itu yang terjadi, maka kita sebenornya telah jatuh ke dalam perangkap syaitan.
Sumber: SOLUSI.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment